Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 (ABPBH36) telah melabuhkan tirainya apabila bintang paling popular kalini ini dimiliki oleh Aina Abdul.
Dengan jumlah undian sebanyak 8,882,662, Aina Abdul telah membawa pulang trofi dan sebuah kereta SUV tajaan CONBOO.
Aina Abdul juga telah dinobatkan sebagai Penyanyi Wanita Paling Popular megalahkan calon lain iaitu meninggalkan pesaingnya Adira Suhaimi, Ernie Zakri, Siti Nordiana dan Stacy.
“Ini untuk anda, sebenarnya saya hanya memegangnya sahaja,” katanya setelah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular sebagai tanda terima kasih kepada usaha peminatnya yang mengundi beliau.
Penyanyi yang sentiasa memperagakan fesyen pelik dan eksentrik itu juga terima kasih kepadaTV3 kerana telah membuka pintu perjalanan beliau melalui program Mentor Legend.
Beliau juga kongsikan pesanan ibunya yang tidak akan beliau tidak akan lupa sampai bila-bila iaitu “Don’t give up, Allah is up”.
Selain itu, Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai KJ dinobatkan sebagai Penyampai Radio Paling Popular.
“Dalam hidup ni, kalau pintu rezeki ditutup, Allah akan buka pintu rezeki yang baru. Percaya kepada perancangan Allah,” kata bekas ahli politik yang popular dengan tagline Tall, Dark and Handsome itu.
Sebanyak 16 kategori dipertandingkan dalam ABPBH36:
Artis Baharu Lelaki Popular - Shah Radhy
Artis Baharu Wanita Popular - Erysha Emyra
Penyanyi Lelaki Popular - Khai Bahar
Penyanyi Wanita Popular - Aina Abdul
Aktor Filem Popular - Aedy Ashraf
Aktres Filem Popular - Fasha Sandha
Aktor Pembantu Filem Popular - Alif Hadi
Aktres Pembantu Filem Popular - Raja Emma
Aktor TV Popular - Hun Haqeem
Aktres TV Popular - Anna Jobling
Aktor Pembantu TV Popular - Shah Iskandar
Aktres Pembantu TV Popular - Rita Rudaini
Penyampai Radio Popular - KJ
Pengacara TV Popular - Uyaina Arshad
Artis Komedi Popular - Senario
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular - Dolla
Semua pemenang ABPBH36 ini dinobatkan dengan undian sepenuhnya dari peminat.