Assalamualaikum. Rasanya tak terlambat untuk abam nak ucapkan salam Ramadhan kepada semua penganut agama Islam yang baca posting ni.
.
Abam tak tahu nak update apa kat blog abam, lagipun dah lama abam tak update blog ni.
.
Okay, abam ada terbaca satu artikel berkaitan cara untuk mengekalkan kecergasan di bulan yang mulia ni.
.
Panduan ni diambil dari MyHEALTH, Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
.
1. Ambil makanan yang berkhasiat iaitu mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, mineral serta sedikit lemak.
.
2. Lakukan aktiviti fizikal untuk meningkatkan metabolisme. Waktu yang sesuai untuk anda melakukan aktiviti fizikal ialah ½ jam sebelum berbuka ataupun selepas makanan yang dimakan hadam.
.
3. Minum banyak air terutama air kosong. Ini untuk mengelakkan dehidrasi kerana badan kita memerlukan air yang banyak.
.
4. Elakkan mengambil minuman yang berkafein kerana ia boleh menghalang penyerapan zat-zat makanan oleh badan.
.
.
Selain dari itu ada juga yang inginkan bentuk badan yang ideal semasa raya nanti kan? Abam ada selitkan sekali PANDUAN MENGURANGKAN BERAT BADAN DI BULAN PUASA
.
1. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula, minyak serta lemak.
Makanan ini mengandungi tinggi kalori. Jika anda tidak dapat menahan diri daripada mengambil makanan ini, ambillah dalam kuantiti yang sedikit.
.
2. Hadkan pengambilan air manis seperti air sirap atau kordial. Utamakan pengambilan air kosong dan jus buah-buahan yang tidak ditambah gula. Susu rendah lemak juga merupakan pilihan minuman yang baik.
.
3. Beri perhatian pada saiz hidangan anda. Kebiasaannya, kita akan makan dengan banyak apabila terlalu lapar. Oleh itu sentiasa ingat untuk mengekalkan saiz hidangan yang kecil, walaupun mengambil makanan yang rendah lemak.
.
4. Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayursayuran. Makanan ini bukan sahaja mengenyangkan, malah boleh meningkatkan pengambilan serat harian anda.
.
5. Jangan lupa untuk melakukan senaman ringkas. Berpuasa bukan alasan untuk anda tidak melakukan senaman.
.
Haaa, korang boleh lah ikut panduan yang ada ni jangan lupa share ye!

Tips ni memang bagus. Thank you sharing
ReplyDelete