Ramai yang tahu bahawa Murtabak Mengkasar merupakan salah satu menu yang perlu dirasa oleh pengunjung yang hadir di Pekan, Pahang.
Sejak tahun 2000, MURTABAK MENGKASAR telah buka satu cawangan di Bukit Sekilau, Kuantan oleh Norhanida Mohamad dan suaminya Saipul Mazita Ahmad Tajudin.
Norhanida Mohammad akan turut menebar Murtabak Mengkasar untuk membantu pekerja bila waktu puncak |
Warung yang dikelola oleh Norhanida dan suaminya hanya menjual MURTABAK MENGKASAR dan Roti Canai sahaja.
Beliau juga pernah membuka satu lagi cawangan Murtabak Mengkasar di China Town, Kuantan selama empat tahun (2011 - 2015).
Namun, cabaran terhadap sikap pekerja memaksa beliau menutup semula cawangan di China Town.
Namun itu tidak mematahkan semangat beliau sebagai seorang usahanita yang inginkan nama MURTABAK MENGKASAR menjadi satu nama yang dikenali oleh semua orang.
---------------------------------------------------------
LANGKAH YANG MEMBUKA PELUANG
---------------------------------------------------------
Sejak 10 tahun yang lalu, Norhanida telah mencuba nasibnya dalam industri makanan sejuk beku (Frozen Food).
Dengan hanya bimbingan dari rakan-rakan dan kursus yang dihadiri, beliau telah berjaya menghasilkan empat jenis MURTABAK MENGKASAR FROZEN.
------------------------------------------------------
10 TAHUN BISNES TETAP PERLAHAN
------------------------------------------------------
![]() |
MURTABAK MENGKASAR FROZEN |
Norhanida berkata bisnes Murtabak Frozennya berjalan dengan perlan-lahan walaupun progress dan jual beli tetap ada setiap hari.
Katanya, semuanya dengan masalah kewangan dan ekonomi yang kian merudum yang memaksa beliau menggerakkan perniagaan ini secara sendiri.
Beliau juga pernah dibantu oleh SIRIM untuk pembungkusan salah satu dari empat produk Murtabak Frozennya.
Norhanida berkata, memang agak perit dan sukar untuk mendapatkan bantuan dari mana-mana pihak.
Walaupun sukar untuk beliau mendapatkan dana dan perniagaannya agak perlahan berbanding peniaga-peniaga yang baharu dan sudah melangkah jauh, itu tidak mematahkan semangat beliau.
Pada Norhanida, MURTABAK MENGKASAR tetap mendapat sambutan dari dalam dan luar Pahang kerana ada sahaja pelanggannya yang sanggup berulang dari jauh semata-mata untuk membeli Murtabak Mengkasar Frozen.
Katanya, MURTABAK MENGKASAR Frozen kini boleh didapati kedai Food Market Di Bandar Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur.
Norhanida turut menjaga kualiti pembungkusan Murtabak Mengkasar Frozen supaya dapat mengekalkan kualiti Murtabak Frozennya |
Dan kini beliau sedang dalam proses untuk memohon kelulusan MESTI, KKM dan Halal untuk mendapatkan 'market' yang lebih jauh setelah beliau mendapat tawaran untuk meletakkan produk MURTABAK MENGKASAR Frozen di Kedai Asia di Jeddah.
"Tak apa peluang dah ada, kini untuk saya meneruskan langkah mendapatkan halal," katanya yang kini sedangh mencari satu ruangan kilang yang boleh digunakan untuk memproses MURTABAK MENGKASAR secara profesional.
Sementara itu, Norhanida juga giat mencari agen-agen jualan Murtabak Mengkasar Frozen di seluruh malaysia untuk mempromosi makanan kegemaran kerabat Di Raja Pahang ini.
Untuk tempahan MURTABAK MENGKASAR Frozen atau katering Murtabak Mengkasar boleh hubungi:
Iskandar (0133513329) / Saipul (012-9630448)
atau
emailkan ke inquiry@murtabakmengkasar.com
Anda boleh lihat setiap update di kedai Murtabak Mengkasar di
Facebook : @MurtabakMengkasar
Instagram : @murtabakmengkasarofficial