Langkah 1: Penciptaan Harta (Wealth Creation)
Setiap Muslim diwajibkan untuk berusaha mencipta harta melalui usaha halal. Ini bukan sahaja untuk memastikan kehidupan yang baik tetapi juga untuk mengelakkan diri daripada menjadi beban kepada orang lain. Dalam satu Hadis, Rasulullah SAW bersabda:
“Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah (yakni pemberi lebih baik daripada penerima).”
— (Riwayat Bukhari)
Ini bermakna, sebagai umat Islam, kita perlu berusaha agar kita dapat memberi kepada yang memerlukan dan bukannya menjadi mereka yang sentiasa meminta. Salah satu cara untuk mencapai ini adalah dengan mematuhi rukun Islam yang keempat, iaitu membayar zakat. Zakat adalah satu tanggungjawab yang wajib untuk membantu mereka yang memerlukan, namun ia bukan bermakna seseorang boleh mengambil kesempatan untuk kekal dalam kemiskinan.
Bagi mereka yang menerima zakat, ini adalah peluang untuk bangkit daripada kesusahan dan akhirnya menjadi penyumbang zakat pula. Matlamat penciptaan harta adalah untuk memastikan setiap individu Muslim mampu menyara kehidupan mereka tanpa menjadi beban kepada masyarakat.
Langkah 2: Perlindungan Harta (Wealth Protection)
Selepas kita berjaya mencipta harta, langkah seterusnya adalah melindunginya. Ini termasuklah mendapatkan perlindungan takaful bagi setiap aset dan pendapatan yang dimiliki. Takaful berfungsi sebagai pelindung harta kita, terutamanya apabila berlaku situasi di luar jangkaan seperti penyakit atau kecederaan.
Perlindungan takaful yang paling asas adalah perlindungan perubatan. Ini membolehkan anda membayar bil hospital tanpa perlu menggunakan wang simpanan atau menjual aset. Ia juga dikategorikan sebagai perlindungan pendapatan kerana ia memastikan bahawa kewangan anda tidak terjejas apabila berlaku kecemasan perubatan.
Selain itu, perlindungan terhadap penyakit kritikal juga sangat penting. Ini memberikan pampasan kewangan jika seseorang didiagnosis dengan penyakit kritikal. Pampasan ini boleh digunakan untuk menampung kos rawatan atau melangsaikan komitmen kewangan yang lain.
Takaful hayat pula adalah satu lagi bentuk perlindungan pendapatan. Sekiranya seseorang itu disahkan menghidap penyakit kritikal atau tidak dapat bekerja lagi, mereka akan menerima sejumlah pampasan kewangan sebagai pengganti pendapatan. Malah, jika seseorang meninggal dunia, waris mereka akan menerima pampasan untuk memastikan mereka terus dapat menyara hidup.
Takaful hayat juga memberikan pampasan berganda sekiranya seseorang meninggal dunia akibat kemalangan, dan sehingga enam kali ganda sekiranya berlaku bencana alam. Ini memastikan waris yang ditinggalkan tidak perlu risau mengenai kewangan. Di bawah konsep hibah bersyarat, pampasan ini akan diberikan kepada penerima yang telah ditetapkan, dan tiada siapa yang boleh menuntutnya di mahkamah.
Langkah 3: Pengumpulan Harta (Wealth Accumulation)
Setelah melindungi harta kita, langkah seterusnya adalah pengumpulan harta. Apabila seseorang meninggal dunia, segala aset yang dimiliki seperti rumah, kereta, motosikal, wang tunai, simpanan, dan pelaburan akan dikumpulkan. Contohnya, pelaburan dalam ASB, Tabung Haji, KWSP dan lain-lain.
Setelah semuanya dikira, harta tersebut perlu melalui proses pembersihan (purification). Proses ini adalah untuk memastikan bahawa semua harta adalah patuh syariah. Jika terdapat aset yang tidak patuh syariah, ia harus diberikan kepada Baitulmal atau diberikan kepada golongan miskin sebagai sedekah.
Selain itu, hutang juga perlu dilangsaikan, terutamanya hutang kepada Allah seperti hutang zakat, puasa, atau haji yang belum ditunaikan. Ini adalah penting kerana dalam Islam, hak Allah mesti didahulukan sebelum harta diagihkan kepada waris.
Langkah 4: Pengagihan Harta (Wealth Distribution)
Langkah terakhir dalam pengurusan harta adalah pengagihan harta. Dalam Islam, pengagihan harta mesti mengikut hukum Faraidh. Ini bertujuan untuk memastikan keadilan dalam kalangan waris dan mengelakkan pertelingkahan apabila membahagikan harta pusaka.
Namun begitu, seseorang boleh membuat wasiat untuk menentukan pengagihan 1/3 harta kepada bukan waris. Wasiat ini membantu seseorang untuk memastikan bahawa harta mereka diagihkan mengikut kehendak mereka, terutama bagi individu yang mungkin memerlukan sokongan kewangan tetapi bukan penerima Faraidh. Tetapi, jika salah seorang waris tidak bersetuju dengan kandungan wasiat, wasiat tersebut akan terbatal.
Dengan membuat wasiat, kita dapat merancang dengan lebih baik bagaimana harta kita akan diagihkan. Ini dapat mengelakkan perselisihan dalam kalangan ahli keluarga selepas ketiadaan kita.
Jika anda memerlukan bantuan berkaitan pengurusan harta atau nasihat takaful, anda boleh menghubungi Pn. Khairulsharia di talian 016-226 6400. Beliau sedia membantu anda merancang pengurusan harta yang patuh syariah serta menyediakan perlindungan takaful yang sesuai dengan keperluan anda.